PENDEKATAN MENANG-KALAH

assalamualaikum



kerap mengkritik selalunya berakhir dengan rase kecewa dari kedua dua belah pihak.
satu pihak merasakan pasangannya degil dan tidak mahu menerima teguran (sedangkan diri sendiri pun begitu).satu pihak lagi rasa si pasangan mahu mengubahnya dan merendah-rendahkannya(hak ni pulak tak boleh ditegur)

si lelaki tak mahu mengalah
perempuan pun begitu
masing2 ingin menegakkan pendapat masing2
akhirnya salah seorang mengaku kalah supaya hubungan kembali jernih
mengharapkan hubungan kembali harmoni dan bertambah baik

 sebenarnya cara ni tak berapa baik.. sebab yang tak boleh ditegur akan terus melakukan kesalahan dan yang menegur akan mudah rasa bosan dengan sikap pasangan. seharusnya yang menegur perlu menegur dengan penuh berhemah dan beri ruang kepada pasangan supaya memikirkan semula kata2 yang telah dikeluarkan olah kita... 

kita kena adil dalam berpasangan. jangan kerana mahu menambat hatinya semula kita ketepikan kebenaran. berkatalah benar walaupun pahit. 

nota penting * : Apabila pendekatan menang kalah mula menjadi penentuan besar bagi memperolah  rasa hormat daripada pasangan, ia sebenarnya merugikan kedua-dua pihak


No comments:

Post a Comment