MENGHARAP BERITA GEMBIRA


ASSALAMUALAIKUM


alhamdulillah.. selepas selesai mengisi perut malam ni Firah luangkan sedikit masa untuk menaip entry yang begitu bermakna buat Firah saat ini. 


Memang adat orang berumahtangga menginginkan kehadiran cahaya mata. Disebabkan Firah dan Iqbal memang pasangan suami isteri yang normal memang nak sangat la anak..hehe.. Walaupon kami tahu usia kami mungkin terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah. Yelahkan masing2 21 dan 20 tahun memang mesti ramai yang beranggapan usia itu terlalu muda untuk memiliki cahaya mata tapi dah kahwin memang ada naluri nak kan anak. Tak tahu lah orang lain kan.. 

Firah teringin sangat cahaya mata bila dapat tahu rakan2 yang seusia firah berkahwin dan dah pon ade anak.. orang sekeliling yang bertanya lagilah membuatkan firah agak stress jugak bila tak pregnant lagi. Sedih.... kadang2 nangis kat suami.. bila suami tanya mengapa....... dan firah jawab.. 'nak baby...' dari reaksi suami dia pon sendiri dah tak tahu nak buat apa sebab memang firah dah kerap sangat mengadu nakkan anak.. tapi setiap kali ujian yang firah buat sendiri sentiasa ( I    ) satu line sahaja.. tak pernah  ( I I ) dua line.. negative!!! kecewa lagi... dan menangis lagi

banyak kali juga Firah mencuba nasib.. tak pernah putus asa setiap kali buat ujian... berdoa sangat sebelum buat ujian.... "tolonglah dua line... tolonglah!!"dan akhirnya setelah hampir banyak kali juga mencuba pada 16 mei 2014 firah sedang bersiap sedia untuk selesaikan assignment Firah... tiba-tiba..................

Firah terasa nak buat ujian sekali lagi.. atas sebab period Firah delay.. itu je... walaupun sebenarnya dah tak mengharap lagi seperti dulu tapi jauh disudut hati masih berdoa supaya ujian kali ini positive.. selesai buat test tu firah tengok resultnya POSITIVE .... Ya Allah.. gembira tak terkata.. rasa macam terus nak balik rumah bagitau suami.. !! HEHE... Firah menangis kegembiraan dulu bila dah cool sikit baru call suami and bagitau berita gembira yang tak disangka2 ni.

suami terus ajak balik Pahang. hehe.. bila sampai sahaja suami di UITM shah alam ni tak sempat firah duduk dengan sempurna dalam kereta dia dah sibuk tanya mana resultnya.. bila firah tunjukkan result tu then dia happy sangat... itulah moment yang paling firah tak boleh lupa... reaksi suami bila dia dapat tahu kita pregnant mungkin moment yang paling diingati sekali.. mungkin orang lain juga begitu... 

sepanjang perjalanan kami pulang ke pahang terasa lain dari perjalan pulang kami setiap minggu yang lepas2. disebabkan terlalu happy kami bercerita, berbincang mengenai berita gembira ini kami tak sedar sepanjang perjalanan kami langsung tiada gangguan dari suara radio. selalunya memang suami akan pasang radio supaya dia kurang mengantuk waktu drive. tapi kali ni "AUDIO OFF" haha.. 

macam mana pon firah memang tak buat ujian di klinik lagi untuk sahkan result ni tapi apekan daya.. diri ni memang dah tak boleh kawal perasaan gembira.. teruja dan bersyukur ni lagi..

firah harap korang semua doakan yang terbaik buat firah dan suami juga kandungan firah ni. Doakan semoga ade berita gembira buat kami sekeluarga. Hanya doa ikhlas yang firah minta... terima kasih 

assalamualaikum.. :')