trimester ketiga

Assalamualaikum


Yeay.. dah masuk trimester ketiga. Terasa cepat Betul masa berlalu. Hari ni 10/11/2014 dah 29 minggu 5 hari. Barang pon banyak yang dah settle. Tinggal sikit2 je lagi. Hehe. Cepat noe beli barangnya ye.. Biasela.. excited mak2 memang macam ni.

Dan sekarang beberapa perubahan berlaku pada diri aku. 

1. Sakit punggung
Sangat!! Sekarang sakit punggung mula dah. Nak angkat punggung masa baring pon memang sakit. Pedih dia.. adoiii.. menyengat!!

2. Kerap buang air kecil
Aku kerap tu tak la sangat tapi bila terasa terus tak boleh tahan. Dia macam nak keluar sangat dah. Rasa penuh gila pundi kencing tu.

3. Pergerakan bayi
Makin lama makin besar baby ni and makin terasa pergerakan dia kat dalam. Sekarang pulak doctor kata kedudukan dia kepala kat bawah. Jadi aku boleh rasa pergerakan hampir dengan tulang rusuk aku. Huhu. 

Buat masa ni tu yang paling ketara kat diri aku . Harap baby sihat dan dipermudahkan segala urusan. Aminn.

1 comment:

  1. Hi. jom join GA AVON ni. Hadiah best!! http://avononlinemalaysia.blogspot.com/2015/04/contest-buy-avon-online.html.
    sorry ya.. x jumpa shoutbox

    ReplyDelete